Monday, January 21, 2008
لا إله إلا الله محمد رسول الله Tuntutan dan Penghayatannya. ( Oleh : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi )
بسم الله الرحمن الرحيم MUQADDIMAH .
Islam bertunjangkan aqidah yang sejahtera . Aqidah yang selamat dari sebarang virus yang menggugat dan menghakis nilai keyakinan kepada Allah Azza Wajalla . Khasnya virus syirik yang bahayanya mampu menghalang kelayakkan seseorang untuk menduduki syurga Allah swt.
Tentunya لا إله إلا الله adalah anti biotic yang efektif untuk membasmi penguasaan virus syirik yang amat merbahaya . Namun begitu , لا إله إلا الله mesti direalisasikan seluruh prinsip dan tuntutannya dalam kehidupan setiap individu . Selamatnya individu tersebut bergantung kepada sejauh mana ia berupaya memiliki prinsip dan melaksanakan tuntutan لا إله إلا الله .
PENGERTIAN لا إله إلا الله .
لا إله إلا الله : TIADA yang diikuti , dituruti , dipatuhi dan disembah selain daripada Allah swt.
Firman Allah swt :
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
( Taha 14 )
Firman Allah swt :
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
( Al Fatihah 5 )
لا إله إلا الله : PETUNJUK dan DOA hanya kepada Allah swt .
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka [1], bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
( Al Fatihah 6 – 7 )
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
( Al Qasas 56 )
لا إله إلا الله : Menyeru supaya TAAT dan TAKUT hanya kepada Allah swt. serta dalam masa yang sama mestilah mendurhakai hawa nafsu yang menyeleweng. Pengertian ini melahirkan sifat dan watak TAQWA kepada Allah swt. apabila ianya dicerna dalam dua keadaan serentak :
1. Tunduk kepada Allah swt. 2. Lawan hawa Nafsu yang menyeleweng .
Firman Allah swt :
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya
( An Naaziaat 40 – 41 ).
Mereka yang berhak menduduki syurga Allah swt. Ialah mereka yang:
1. Takut pada kebesaran Tuhannya 2. Cegah diri dari pengaruh hawa nafsu
Pengertian Taqwa :
1. Takut dalam erti kata TAAT ( melaksanakan semua bentuk perintah Allah samaada ringan atau berat dan meninggalkan semua larangan Allah swt. )
Cinta yang mendalam kepada Allah swt. dan tidak sampai bermain kayu tiga dengan Allah swt.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata :
“ Hati tidak berasa gembira dan mencapai kelazatan yang sempurna melainkan hati itu sentiasa berada dalam keadaan cinta kepada Allah swt. dan senantiasa menghampirinya dengan apa yang dikasihinya . Tidak mungkin hati itu rasa cinta dan kasih kepadaNya melainkan dengan meninggalkan semua perkara yang dikasihi selainNya. Inilah hakikat لا إله إلا الله “
لا إله إلا الله : Juga memberi erti Mengikut dan mematuhi apa sahaja perintah yang datang daripada Allah swt.
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
( Al A’raaf 3 )
Sebagai seorang mukmin kita tidak selayaknya banyak soal dan dalih dalam menerima arahan Allah swt.
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَ مَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ فَإِنْمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَ اخْتِلاَفِهِمْ عَلى أَنْبِيَائِهِمْ .
Maksudnya : “ Dari Abi Hurairah Rha. Berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw. Bersabda : Apa yang telah aku larang kamu daripada melakukannya , maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu maka laksanakanlah semampu mungkin , maka sesungguhnya telah rugilah orang – orang sebelum daripada kamu kerana banyaknya persoalan mereka dan wujudnya percanggahan pendapat terhadap nabi - nabi mereka .
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sebagai seorang mukmin , jua tidak seharusnya kita menggunakan logikal manusia semata – mata dalam membuat penilaian ( untuk menerima atau menolak ) sesuatu hukum atau perundangan .
Berkata Imam Syafie Rhm. :
“ Kiranya Islam itu dinilai secara logik , nescaya segalanya rosak dan binasa . Contohnya : kenapa tatkala kita buang air besar , kita hanya diwajibkan basuh sedangkan ianya jelas najis . apabila keluar air mani , kita diwajibkan mandi sedang ianya tidak najis.”
Ini menunjukkan kepada kita , bahawa Islam diamalkan bukan kerana logik atau tidak sesuatu amalan tersebut, tetapi berdasarkan ketaatan menjunjung tinggi titah perintah Allah saw.
Firman Allah swt :
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
( al a'raaf : 3 )
Negara kita tidak ketinggalan menerima ancaman dari golongan Aqlaniyyah yang cuba menafsirkan semula Al Quran menggunakan aqal dan logik .
Sabda Rasulullah : [2]
عن سعيد بن جُبَيْرٍ عن ابْنِ عباسٍ رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ قَالَ فِي اْلقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ .
رواه الترمذي وقال أبو عيس هذا حديث حسن صحيح
“ Barangsiapa yang bercakap mengenai ( menafsirkan ) AlQuran tanpa ilmu ( berdasarkan pandangan aqalnya semata – mata ) , maka silalah sediakan tempat tinggalnya di dalam Api neraka.”
( Riwayat at Tarmizi )
Menafsirkan Al – Quran mestilah berasaskan qaedah yang ditetapkan, bukan secara ' semborono ' atau ' hentam kromo ' juga bukan mengikut ' faham sendiri ' yang jauh dari ketetapan qaedah muktabar.
Ijma’ ulama’ menggariskan qaedah tafsir dalam 5 usul dan qawai’d [3] :
1. Tafsir Quran dengan Quran 2. Tafsir Quran dengan Sunnah 3. Tafsir Quran dengan kata–kata Sahabat Rhm. 4. Tafsir Quran dengan Lughah Arabiah 5. Tafsir Quran dengan apa yang difahami daripada ayat . ( seperti berasaskan Asbabun Nuzul dan Dhohir ayat . )
Imam As – Sayuthi berkata :
“ Tidak adalah yang lebih jahat dan bodoh daripada daripada ulama’ yang menggunakan ayat – ayat quran untuk membenarkan pemikirannya ( yang berdasarkan hawa nafsu ) ”
Sebagai seorang mukmin kita tidak harus degil dan takabbur terhadap ketetapan Allah swt.
لا إله إلا الله memaksa kita tunduk dan patuh kepada kebenaran Ilahi . Keengganan kita hanyalah membawa kita ke Neraka Allah dan kekal di dalamnya .
Firman Allah swt :
" Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
( Al Baqarah 39 )
Sifat enggan dan takabbur inilah menjadi 2 sifat aktif yang mendorong seseorang menjadi kufur kepada Allah swt. sebagaimana ianya pernah menimpa Iblis A’laihi Laknatullah .
Firman Allah swt :
“ Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”
( Al Baqarah 34 )
Namun , amat malang sekali apabila budaya degil dan sombong ini berkembang pesat dikalangan segelintir ummat Islam semata – mata kerana sikap tidak mahu mengalah . Sedang kita telah diajar oleh Allah swt :
“(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
( Ar Ruum 30 )
لا إله إلا الله : Bererti menolak dan menjauhkan diri secara menyeluruh akan semua bentuk undang – undang dan cara hidup Jahiliyyah .
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. . Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”
( Al Maaidah 50 – 51 )
[1] Ayat 69 dari Surah An Nisa’ ( di bawah ) adalah menafsirkan golongan yang mendapat nikmat .
[2] Sunan at Tarmizi . Jilid 5 . Muka surat 199 . كتاب تفسير القرآن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم
[3] Keterangan lanjut Ruju’ Kitab أصول التفسير و قواعده Karangan Syeikh Khalid Abdur Rahman .
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 1:26:00 PM 0 comments
Thursday, February 7, 2008
Thursday, September 6, 2007
Merdekalah dengan Mengikhlaskan Segalanya Kepada Allah

MERDEKAKAN DIRI KITA! – kepada penghambaan hanya kepada Pencipta
1. Tujuan hidup Manusia – mengabdi kepada Allah – definasi hamba – contoh hamba manusia – zaman dahulu, hamba berhutang, hamba abdi dijual beli – orang gaji, kenapa perlu jadi hamba Allah – dialah pencipta kita!
51.56] Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
Maksud Sembah – mengabdi, buat sesuatu keranaNya semata-mata, tiada sekutu,
2. 5 Amalan – diakhiri dengan ‘kerana Allah’ termasuk syahadah –
· Syahadah – Ikrar untuk meletakkan Allah Matlamat hidup
· Solat – 5 X sehari
· Puasa – Niat puasa sunat & wajib
· Zakat – mampu & Fitrah
· Haji – seumur hidup
· Segala Amalan sunat
· Segala pekerjaan
3. Basmallah – amalan mudah & yang paling banyak disebut!
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sekurang-2nya 114kali dalam Al-Qur’an
Ucapan yang memandu arah kepada Jalan Yang Lurus menuju Allah.
4. Hakikat keikhlasan – Setan tak boleh kacau Hamba-Ku yang ikhlas
[29.56] Hai hamba-hamba-Ku yang beriman,sesungguhnya bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku saja.
[39.2] Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab(Al Qur'an) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya.
[98.5] Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya
dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.
[4.125] Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.
[31.22] Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.
[35.5] Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syetan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.
[17.65] Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, Kamu(Setan) tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga
5. Celupan Allah – cara hidup Islam – rahmat Ilahi agar manusia sentiasa pada JalanNya
2.138] Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.

Kita perlu berbangga dengan Islam yang kita anuti ini!
Sibghah – celupan-acuan-cara hidup
Sibghah – celupan-acuan-cara hidup
Monday, July 2, 2007
Khutbah Dari Rusila: Majoriti umat manusia alpa persoalan akhirat

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Thu Jun 28, 07 12:30:48 PM
Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Sila layari http://www.englishsection.com/ untuk Laman Utama English Section atau http://www.harakahdaily.net/
Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu ialah bertakwa kepada Allah.
Seterusnya marilah kita melihat betapa Allah Taala telah menunjukkan di hadapan manusia di seluruh dunia tanda-tanda kemusnahan alam akibat daripada perbuatan manusia.
Berlakunya beberapa bencana yang menenggelamkan bumi, menghancurkan bukit dan gunung-ganang serta bencana yang mengorbankan jiwa manusia yang ramai, menghilangkan harta benda, ia tidak mampu ditolak oleh kemajuan sains dan teknologi sehingga akhirnya ahli-ahli sains dan termasuk mereka yang tidak percaya kepada berlakunya hari kiamat, percaya bahawa dunia ini akan musnah.
Mereka percaya suatu masa bahawa bumi ini akan kiamat, namun mereka tidak membincangkan apakah persediaan untuk kiamat tersebut.
Inilah persoalan yang tidak diberikan perhatian oleh kebanyakan manusia. Allah Taala telah mengingatkan kita dalam al-Quran, antara firman-Nya (yang bermaksud): “(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah ingin kalau ada jarak yang jauh antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu ingat beringat terhadap kekuasaan dirinya dan Allah amat belas kasihan kepada hamba-hamba-Nya. (Surah Ali Imran: ayat 30)
Ayat ini adalah peringatan daripada Allah SWT kepada seluruh manusia bahawa Allah akan memperlihatkan semua amalan mereka, akan dihisab sama ada amalan yang baik mahupun jahat. Bukan sahaja diketahui oleh Allah bahkan ia dicatat oleh para malaikat dan disaksikan oleh anggota badan manusia sendiri.
Firman Allah Taala yang bermaksud: “Pada waktu itu, Kami mengunci mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Yaasin: ayat 65)

Pada hari itu, setelah dibuka segala amalan mereka, mereka hanya mahu amalan-amalan yang baik sahaja. Kalau boleh amalan jahat yang dilakukan oleh mereka dijauhkan dengan sejauh-jauhnya. Padahal amalan jahatlah yng sangat diingati oleh mereka dalam kehidupan di dunia ini.
Itulah peringatan Allah Taala tetapi kebanyakan manusia melupai perkara ini, bahkan mereka dilalaikan oleh kehidupan yang menggoda. Allah Taala memperingtakan dalam al-Quran yang menyatakan bahawa amalan mereka akan diperhitungkan dengan penuh teliti.
Antara lainnya, firman Allah Taala yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya amalnya dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya.” (Surah Al-Zalzalah: ayat 7-8)
Tetapi apa yang malangnya ialah semua hal yang seumpama ini tidak diberikan perhatian oleh kebanyakan manusia. Maka seolah-olah manusia tenggelam dalam kehidupan dunia selama-lamanya.
Pada mereka, tidak ada kematian yang akan berlaku, lantas mereka lari daripada petunjuk Allah Taala. Mereka lari daripada agama Allah Taala dan membuat ajaran-ajaran sendiri, kemudian beramal mengikut kemahuan diri sendiri. Tindakan itu menyebabkan mereka hanyut dalam kehidupan yang menyusahkan di dunia serta di akhirat akan mengalami keadaan yang lebih susah dan lebih menyulitkan.
Firman Allah Taala yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, oleh itu, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.” (Surah Ali Imran: ayat 31-32) – lanh
ANTARA PUASA, PUAS, TAKWA DAN INTEGRITI

Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 25 September 2006, hari Isnin jam 7.30 pagi di Mutiara FM Pulau Pinang 95.7 Mhz (Hasil Nukilan Ariff Budiman)
Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Khusus bagi muslimin dan muslimat Dr Danial ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al – Mubarak. Semoga sambutan ramadhan pada kali ini menjadikan kita insan kelas pertama yang akan mendapat hasanah di dunia dan juga hasanah di akhirat insyaallah.
Apabila kita berpuasa kita mempunyai tujuan dan matlamat tuan-tuan & puan-puan. Sudah pastinya tujuan & matlamat kita bukan untuk menguruskan badan, mengawal obesiti, menurunkan paras kolesterol dan glukos dalam sistem darah kita. Sebaliknya Allah swt menegaskan dalam surah Al-Baqarah bahawa tujuan dan matlamat kita berpuasa ialah “ Laallakum tattaqun ”. Semoga dengannya kata Allah kamu mencapai status takwa. Itulah tujuan dan matlamat utama kita berpuasa, iaitu untuk mencapai status takwa.
Oleh kerana status takwa ini amat penting untuk kita capai, kita perlu sama-sama memahami maksud takwa. Apa dia takwa?
Oleh kerana status takwa ini amat penting untuk kita capai, kita perlu sama-sama memahami maksud takwa. Apa dia takwa?
Pada pagi ini mari kita mengambil definisi yang telah di utarakan oleh sahabat nabi yang bernama Abdullah bin Mas’ud r.a. Sahabat nabi ini mendefinisikan takwa yang sebenarnya sebagai, "taat tidak maksiat, ingat tidak lupa dan syukur tidak kufur." Dalam erti kata yang lain, andaikata kita menjadi insan yang sentiasa taat kepada Allah dan tidak bermaksiat, dan kita juga merupakan insan yang sentiasa ingat kepada Allah dan tidak melupakannya, dan kita juga merupakan insan yang sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak kufur, maka ketika itu insyaallah kita mencapai status takwa.
Jika ketiga-tiga ciri ini menghiasi diri kita maka kita merupakan insan bertakwa. Kita hanya boleh mengetahui samada kita mencapainya ataupun tidak ialah selepas selepas ramadan. Dalam masa tidak sampai sebulan lagi apabila kita menyambut 1 Syawal, ketika itu kita mengetahui samada kita mencapai tujuan dan matlamat berpuasa ini ataupun tidak. Andaikata ketika kita memasuki Syawal sebulan lagi insyaallah kita terus berada di dalam ketaatan dan tidak maksiat insyaallah kita merupakan orang yang bertakwa.
Sebaliknya apabila kita menyambut 1 Syawal, hancur kesemua ketaatan yang kita bina di musim ramadan, jelas sekali tidak ada sebarang faedah kita berpuasa dalam bulan ramadan kecuali kita mendapat 2 anugerah sahaja iaitu lapar dan dahaga. Lainnya tidak ada. Tuan-tuan & puan-puan sudah pastinya kita hendak mengejar takwa. Jangan kita sia-siakan bulan yang mulia ini. Mari sama-sama kita jadikan bulan yang mulia ini untuk menjadi mulia. Mari sama-sama kita jadikan bulan yang hebat ini untuk menjadi hebat. Jangan sia-siakannya.
Ada orang di musim ramadhan ini dia tidak berpuasa tetapi dia berpuas. Maksudnya dia hendak memuaskan nafsunya sehinggakan perbelanjaan musim ramadannya meningkat. Paras glukos juga meningkat kerana banyak makan dan minum. Badan menjadi semakin gemuk. Jika itu berlaku jelas sekali bukan takwa yang kita capai tetapi kemudaratan dan kepincangan.

Akhir sekali saya ingin menyentuh tentang integriti. Malaysia telah melancarkan IIM ( Institut Integriti Malaysia ) baru-baru ini. Bagi saya latihan berpuasa merupakan latihan ke arah integriti. Jika ada orang bertanya kepada kita bagaimana kita hendak melatihkan diri kita agar mempunyai integriti, jawablah kepadanya bahawa Islam mengutarakan puasa sebagai latihan untuk meningkatkan integriti. Integriti bermaksud amanah dan kejujuran. Bayangkan apabila kita berpuasa tidak ada seorang pun yang boleh mengetahui samada kita benar-benar berpuasa ataupun tidak. Kita boleh berbohong dan memperdayakan orang lain dengan mengatakan, “Oh saya berpuasa”, sedangkan sebenarnya kita tidak berpuasa. Tidak ada seorang pun yang boleh memastikan samada perkataan kita itu benar ataupun tidak.
Hal ini disebabkan, puasa tidak mempunyai rukun perbuatan. Ia tidak seperti solat. Apabila kita bersolat ada perbuatan khusus yang perlu kita lakukan. Sesiapa yang melihat kita melakukan perbuatan itu dia akan mengatakan (sebagai contoh), “Oh si Ahmad sedang bersolat. Lihat dia sedang ruku' dan sujud”. Demikian juga ketika kita mengeluarkan zakat ada barangan yang hendak kita berikan kepada amil, sebagai contoh. Puasa tidak seperti itu. Ketika berpuasa seseorang perlu meninggalkan perbuatan yang membatalkan puasa bukannya melakukan sesuatu perbuatan. Lantas puasa melatih kita tentang integriti. Andaikata kita betul-betul berpuasa dengan ikhlas dan kita melakukannya kerana Allah kita hebat. Kita boleh berbuka di siang hari tetapi tidak melakukannya. Kita boleh melakukan segala perbuatan yang di larang tetapi kita tidak melakukannya sebab Allah maha mengetahui walaupun orang lain tidak mengetahui. Inilah latihan tentang integriti.
Maka dalam Islam sudah ada ramuan-ramuan untuk menjadikan kita insan kelas pertama. Terpulang kepada kita sendiri samada hendak menghayatinya ataupun tidak. Justeru, marilah sama-sama kita menghayatinya dan semoga Ramadan Al-Mubarak ini merupakan titik permulaan kepada usaha kita untuk menjadikan diri, keluarga dan masyarakat kita insan kelas pertama di sisi Allah swt insyaallah.
Thursday, June 7, 2007
Tazkirah Jumaat: Benarkah kita beriltizam dengan Islam?
Bacalah artikel ini, menarik dan membina insyaAllah.
Ustaz Zainuddin Hashim Fri Jun 08, 07 10:20:35 AM
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8067&Itemid=28
Iltizam (komited) dengan Islam membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta.
Dengan kata lain, iltizam itu ialah segala tindakan dan tingkah laku Muslim bagi merealisasikan makna Islam, iaitu menyelamatkan bangsa manusia atau penyerahan diri mereka hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya menerusi pengamalan agama dalam segenap bidang kehidupan, kepercayaan (akidah), peribadatan, perlakuan, perhubungan atau pergaulan sesama manusia.
Begitu juga dengan masyarakat umat Islam dikatakan sebagai umat yang beriltizam dengan Islam, apabila melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah mereka, kepercayaan, peribadatan, perlakuan, perhubungan dan pergaulan sesama umat Islam dan manusia sejagat.
*Bukti iltizam itu telah dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 Surah Al-An'am yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam."
*Iltizam juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi perutusan kejadian manusia, perkara ini telah disebut oleh Allah dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud: "Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku."
*Selain itu, iltizam juga diertikan sebagai menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan pasrah dan bersungguh-sungguh, hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi ayat 36 Surah Al-Ahzab yang bermaksud: "Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak pula bagi wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka."
Justeru, kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriltizam dengan Islam, atau hanya berpura-pura atau menerima Islam separuh-separuh ataupun menerima Islam apabila sesuai dengan naluri, dengan kata lain, Islam tunduk pada kehendak kita, bukannya kita yang patut tunduk dan akur kepada segala ajaran Islam.
Tanda beriltizam kepada Islam
Para ulama bersepakat mengatakan bahawa, iltizam itu dapat dikenal pasti menerusi penyerahan diri Muslim pada perkara yang zahir dan batin.
Dalam perkara zahir, seseorang Muslim itu melaksanakan segala perintah Allah yang wajib ditunaikan seperti pelaksanaan ibadat solat, puasa, haji, zakat, memakai hijab (tudung kepala) bagi muslimat, berakhlak mulia dan sebagainya.
Sementara dalam perkara batin pula, seseorang Muslim itu wajib beriltizam dengan aspek ketuhanan dalam mentauhid (mengesakan) Allah, bertakwa kepada-Nya, takut kepada ancaman dan hukuman-Nya, mengharapkan keampunan dan rahmat hanya daripada-Nya dan banyak lagi.
Justeru menurut para ulama, jika seseorang itu menzahirkan kepada manusia kebaikannya seperti banyak solat sunat, puasa sunat, suka menderma, suka tolong orang lain, berulang alik ke masjid, sedangkan dia tidak begitu, suka mengumpat, memfitnah orang, menuduh orang tanpa bukti kukuh, pakai tudung kepala pada masa tertentu, maka dia dikatakan tidak beriltizam dengan Islam, atau paling tidak dikatakan iltizamnya masih berkurangan.
Kerana iltizam itu tidak dapat dibuktikan pada amalan sehari dua, malah ia perlu berterusan tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain, ia dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah SWT.
Jalan terbaik untuk mengekalkan iltizam kepada Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud:
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, pada waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keredaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas."
Mudah-mudahan, kita mampu dan boleh berdoa kepada Allah SWT, agar menjadikan diri kita, isteri, anak-anak, adik-beradik, terlebih lagi kedua-dua ibu bapa kita, agar dimasukkan dalam kategori hamba Allah yang sentiasa dan kekal beriltizam dengan Islam, berjuang kerananya dan mati pada jalannya, Amin. - lanh

Thursday, April 26, 2007

ADAKAH KITA MAKHLUK YANG MULIA?
SIAPAKAH YANG PALING MULIA?
Marilah kita merenung sejenak, betapa pada awal kejadian datuk kita Adam alaisalam lagi Allah telah memerintahkan makhluknya malaikat memberikan penghormatan kepada Adam a.s. Renungilah beberapa terjemahan firman Allah berikut:-
Al-Hijr[15.28] Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.
Al-Hijr[15.29] Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.
Al-Hijr[15.30] Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama,
Asal manusia dari tanah yang tidak apa-apa, apabila ditiupkan ‘ruh Allah’, ia menjadi makhluk yang mulia di sisiNya. Sesungguhnya manusia akan menjadi mulia apabila sifat-sifat kemuliaan yang ada pada dirinya direalisasikan. Contohnya sifat pemurah, sifat ini ialah salah satu sifat Allah iaitu ar-rahman. Apabila sifat pemurah ada pada diri manusia, manusia itu akan menjadi manusia yang mulia. Demikianlah seterusnya dengan sifat-sifat lain yang terkandung dalam Asma’ul Husna.
Al-Baqarah[2.30] Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
Al-Baqarah[2.31] Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama(benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!"
Untuk kita mengetahui dengan mendalam bagaimana hendak menjadi insan yang mulia, marilah kita membaca, memahami dan beramal dengan Al-Qur’an.
Al-Anbiya’[21.10] Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tiada memahaminya?

Al-Fatir[35.10] Barang siapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya. Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya. Dan orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras, dan rencana jahat mereka akan hancur.
Al-Zukruf[43.44] Dan sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungjawaban.
Siapakah yang paling mulia di sisi Allah?
Al-Hujurat[49.13] Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Siapakah orang yang bertakwa?
Az-Zumar[39.33] Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
Apa itu kebenaran? Apa maksud membenarkan?
Az-Zumar[39.2] Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Qur'an) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya.

Thursday, April 19, 2007
DOA - Panduan dari Allah
PENGAJARAN TENTANG DOA DALAM AL QURAN

Apakah itu Doa?
Kepada siapakah kita perlu berdoa?
Sebab apakah kita perlu berdoa?

Apakah itu Doa?
Kepada siapakah kita perlu berdoa?
Sebab apakah kita perlu berdoa?
[2.186] Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran.
Antara lainnya ianya juga membuat kita merendah diri kpd Allah dan menyiakan bahwa kita ini lemah dan perlu bantuan Allah untuk mengharungi hidup ini.
Cara berdoa yang disarankan didalam Al Quran.
1. Dgn berendah diri dan suara yang lembut
[7.55] Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
[19.3] yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.
[19.4] Ia berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku.
2. Berdoa dgn rasa takut dan harap.
[7.56] Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
[32.16] Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

3. Apakah yang perlu kita doakan.
[2.200] Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berzikirlah (dengan menyebut) Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyangmu, atau (bahkan) berzikirlah lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah
baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.
[2.201] Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa
neraka".
[2.202] Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.
4. DOA orang yang tak memahami kebesaran Allah
[10.12] Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
[10.22] Dialah Tuhan yang menjadikan Kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): "Sesungguhnya jika engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur".
[10.23] Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kelaliman di muka bumi tanpa (alasan) yang benar. Hai manusia, sesungguhnya (bencana) kelalimanmu akan menimpa dirimu sendiri; (hasil kelalimanmu) itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kami-lah kembalimu, lalu Kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
[41.49] Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.

[41.50] Dan jika Kami merasakan kepadanya sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata: "Ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahwa hari kiamat itu akan datang. Dan jika aku dikembalikan kepada Tuhanku maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan pada sisi-Nya". Maka Kami benar-benar akan memberitakan kepada orang-orang kafir apa yang telah mereka kerjakan dan akan Kami rasakan kepada mereka azab yang keras.
[41.51] Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.
Subscribe to:
Posts (Atom)